23 May 2011

Menu Dinner

Isnin, 23 May 2011

*** Malam ni mama teringin nak masak tapi kena juga tinjau2 resepi yg simple tapi sedap untuk santapan si Papa..Mama pun Google la kt internet..Huhuhu zaman sekarang ni nak masak Google jer tak payah nak beli buku resepi..buat semak je kt dalam rumah. Dapat resepi baru je save kt my laptop..hehe..Mama moden kan.
     So Mama pun Google jumpa la website ni My Resipi..Wah banyak menu yang menarik. Di antaranya :-

  •  Ikan Masak Masam Manis
Ikan Masak Masam Manis
  

Bahan-bahan ( 5- 6 orang )

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1cm halia
  • 1/2 lada benggala /capsicum (boleh diganti dengan beberapa cili api atau cili hijau)
  • 1/2 biji tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sehelai daun limau purut
  • Ikan dori beku tidak bertulang
  • tepung gandum
  • lada sulah
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Masak_ikan_006
    Cincang bawang putih dan hiriskan bawang merah dan halia
  2. Lada benggala dipotong panjang- panjang dan tomato dipotong dadu
  3. Ikan dori dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.
  4. Sediakan tepung gamdum yang digaulkan dengan sedikit garam dan lada sulah.
  5. Masak_ikan_004
    golekkan ikan dori tadi dalam tepung tersebut dan kemudian goreng secara (deep fry) sehingga kuning keemasan dan tepungnya garing
  6. Tepikan dahulu ikan yang telah digoreng
  7. Masak_ikan_008
    Tumiskan bahan- bahan seperti bawang putih, halia dan bawang merah sehingga naik bau
  8. Masak_ikan_010
    Masukkan sos tiram dan sos cili
  9. Masak_ikan_011
    Msukkan sedikt air
  10. Masak_ikan_012
    Masukkan sdikit garam dan gula (secukp rasa)
  11. Masak_ikan_013
    masukkan lada benggala dan tomato
  12. Masak_ikan_014
    masukkan daun limau purut
  13. Masak_ikan_016
    apabila semua telah sebati, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi....
  14. Selamat makan.... 

  • Sambal telur sedap

    Dscn4227


    Bahan-bahan ( 3 orang )

    • cili kering yang telah di kisar secukupnyer
    • 4 biji bawang putih di tumbuk
    • 3 biji telur ayam
    • air asam jawa, garam, gula secukupnyer
    • minyak untuk menumis
    • 3 cawan air

    Cara-cara

    1. tumis bawang putih hingga naik bau
    2. masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis hingga garing atau masak
    3. masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnyer
    4. biarkan garing sampai mesra.
    5. bila dah cukup rasa masukkan air.
    6. masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau. biar sehingga masak. sekiranya cili hampir kering tapi telur belum masak, cedukkan sedikit cili dalam kuali tu dan letakkan di atas telur tadi. air memainkan peranan penting.
     
 Oklah, Mama rasa cukup la resepi ini yg mama Google. Janji simple, cepat dan sedap. Bukan anak mama Syamil suka kacau mama dekat dapur. So kena la cepat bila berada di dapur..

0 comments: