Budak lemas dalam kereta
ISHAK menunjukkan tempat anaknya, Nur Izyan Natasya @Aisyah (gambar kecil) lemas di dalam kereta di Tumpat, semalam.
MACHANG: Seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak mengikuti bapanya, Ketua Pengawal Keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu, Ishak Salleh, 50, yang diamanahkan untuk mengusung jenazah.
“Ketika di tanah perkuburan, tergerak di hati ingin tahu di mana anak saya berada. Saya menyerahkan kunci kepada seorang penduduk untuk melihat apa yang berlaku dalam kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, dekat sini, semalam.
Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, tidak menduga kesungguhan anak bongsu enam beradik itu mengikut bapanya ke tanah perkuburan adalah kali terakhir untuknya melihat Nur Izyan Natasya.
“Sikapnya yang terlalu riang itu mungkin petanda mahu meninggalkan kami sekeluarga. Saya difahamkan, Nur Izyan Natasya menangis dalam kereta kira-kira 45 minit sebelum disedari penduduk. Mereka kemudian memaklumkan adik ipar saya, Che Mas Mohd Salleh, 55, yang ketika itu berada di rumah keluarga sepupu yang meninggal dunia,” katanya sebak selepas doktor mengesahkan anaknya meninggal jam 12.15 tengah hari.
Sementara itu, Che Mas berkata, beliau bergegas mendapatkan Nur Izyan Natasya yang berada di tempat duduk kereta berkenaan dan cuba memecahkan cermin kereta itu.
“Namun, ada penduduk kampung sempat mengambil anak kunci daripada Ishak.
“Saya membawanya ke Klinik Wakaf Bharu sebelum ke Hospital Kelaboran, Tumpat, tetapi doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat lemas,” katanya.
***Ya Allah nape la nyawa anak ini diambil...Setiap kali baca di dada akhbar ada saya news bapa lalai sampai nyawa anak melayang, kes dera la macam2 la..Harap sgt bapa2 kat luar sana tu tolong la jgn lalai dan alpa..Ingat anak dulu..Anak2 tu la nyawa kita..Hope husband mama jgn la jadi lagu si bapa kat dlm akhbar ni ye sayang..


0 comments:
Post a Comment